TNAG-1579-FCO40-2153-Provision-of-judicial-assistance-to-Brunei-by-the-Hong-Kong--1986 — Page 37

FCO40 Hong Kong Department Records 聯邦事務部香港部檔案 All

PERJANJIAN

PERSAHABATAN DAN KERJASAMA DI-ANTARA DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA QUEEN BAGI UNITED KINGDOM OF GREAT BRITAIN DAN NORTHERN IRELAND DENGAN DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGERI BRUNEI

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Queen bagi United Kingdom of Great Britain dan Northern Ireland dan Jajahan Ta'alok Baginda yang lain, Kepala bagi Commonwealth (selepas ini di-sebut sebagai Baginda Queen) di-wakili oleh Yang Amat Berhormat The Lord Goronwy-Roberts of Caernarvon and of Ogwen, Menteri Negara bagi Hal Ehwal Luar dan Commonwealth dan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Sir Muda Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Raja dan Kepala bagi Darjah Kerabat Yang Amat Di-Hormati, Raja dan Kepala bagi Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar, Raja dan Kepala bagi Darjah Laila Jasa Keberanian Gemilang Yang Amat Chemerlang, Raja dan Kepala bagi Darjah Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang, Raja dan Kepala bagi Darjah Pahlawan Negara Brunei Yang Amat Perkasa, Raja dan Kepala bagi Darjah Paduka Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia, Raja dan Kepala bagi Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa, Raja dan Kepala bagi Darjah Mahkota Brunei Yang Amat Mulia, Raja dan Kepala bagi Darjah Perwira Agong Negara Brunei Yang Amat Setia, Honorary Knight Grand Cross of the Most Distinguished Order of Saint Michael and Saint George, Darjah Kerabat Yang Amat Di-Hormati (Kelantan), Darjah Kerabat Yang Amat Di-Hormati (Johor), Ibni Sir Muda 'Omar 'Ali Saifuddin Sa'adul Khairi Waddin, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negeri Brunei Darul Salam serta sekalian Jajahan Ta'alok Rantau dan Pesisir-nya.

Dengan mempertimbangkan bahawa Negeri Brunei telah bersetuju mengambil aleh semula dengan sechara penoh tanggong-jawab antarabangsa sebagai sa-buah Negara yang berdaulat lagi merdeka;

Dengan berazam bahawa perhubongan2 yang lama lagi turun-temurun bagi persahabatan yang rapat dan kerjasama di-antara United Kingdom dengan Negeri Brunei hendak-lah di-teruskan mulai sekarang;

Dengan hasrat untok mendzahirkan niat ini dalam bentok satu Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama;

Telah bersetuju saperti berikut:

FASAL 1

Perhubongan2 di-antara United Kingdom of Great Britain dan Northern Ireland dengan Negeri Brunei hendak-lah seterus-nya di-kawal oleh semangat persahabatan yang rapat. Pada mengakui keadaan ini maka kedua2 pehak kapada Perjanjian ini dengan menyedari kepentingan2 mereka bersama dalam keamanan dan kestabilan bagi rantau ini, hendak-lah:

11276

15

D*

Comments

Approved members can add comments, bookmarks, and private notes.

No comments yet.

Private Research Note

Private notes are available after approval.