E30

3.

4.

5.

6.

7.

8.

AGREEMENT BETWEEN THE GOVERNMENT OF HONG KONG AND THE GOVERNMENT OF HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM CONCERNING AIR SERVICES

tribunal itu, hendaklah dilantik sebagai penimbangtara ketiga melalui persetujuan di antara kedua-dua penimbangtara, dalam masa 60 hari dari lantikan penimbangtara yang kedua;

(b) jika dalam had-had masa yang ditentukan di atas sebarang lantikan telah tidak dibuat, salah satu Pihak Yang Mengikat Perjanjian boleh memonhon Yang Di-Pertua Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa untuk mebuat lantikan yang dikehendaki dalam masa 30 hari. Sekiranya Yang Di-Pertua itu menganggap bahawa ia adalah warganegara dari sebuah Negara yang tidak boleh dianggap sebagai berkecuali berhubung dengan perselisihan tersebut, maka Naib Yang Di-Pertua yang paling kanan siapa yang tidak dibatalkan atas alasan tersebut hendaklah membuat lantikan.

Kecuali sebagaimana yang selepas ini dipersyaratkan di dalam Perkara ini atau sebagaimana yang dipersetujui oleh Pihak-Pihak Yang Mengikat Perjanjian, tribunal itu hendaklah menentukan had-had bidang kuasanya dan membentuk tatacaranya sendiri. Atas budibicara tribunal itu, atau atas permintaan dari salah satu Pihak Yang Mengikat Perjanjian, satu persidangan untuk menentukan persoalan-persoalan pokok sebenar yang hendak ditimbangtara dan tatacara-tatacara yang tertentu untuk diikuti hendaklah diadakan tidak lewat dari 30 hari selepas tribunal tersebut dibentuk sepenuhnya.

Kecuali sebagaimana yang dipersetujui disebaliknya oleh Pihak-Pihak Yang Mengikat Perjanjian atau ditetapkan oleh tribunal tersebut, tipa-tiap Pihak Yang Mengikat Perjanjian hendaklah menghadapkan satu memorandam dalam masa 45 hari selepas tribunal tersebut dibentuk sepenuhnya. Jawapan- jawapan hendaklah diterima dalam masa 60 hari kemudian. Tribunal itu hendaklah mengadakan satu perbicaraan atas permintaan dari salah satu Pihak Yang Mengikat Perjanjian, atau atas budibicaranya sendiri, dalam masa 30 hari selepas jawapan-jawapan telah diterima.

Tribunal tersebut hendaklah berusaha untuk memberikan keputusan secara bertulis dalam tempoh 30 hari selepas selesainya perbicaraan itu atau, sekiranya tiada perbicaraan diadakan, selepas tarikh kedua-dua jawapan telah dihadapkan. Keputusan akan diambil melalui satu kelebihan undi.

Pihak-pihak Yang Mengikat Perjanjian boleh menghadapkan permintaan- permintaan untuk penjelasan keputusan tersebut dalam masa 15 hari selepas ianya diterima dan penjelasan sedemikian hendaklah dikeluarkan dalam masa 15 hari dari permintaan tersebut.

Keputusan tribunal itu hendaklah terikat ke atas Pihak-Pihak Yang Mengikat Perjanjian.

Tiap-tiap Pihak Yang Mengikat Perjanjian hendaklah menanggung kos penimbangtara yang dilantik olehnya. Kos-kos lain bagi tribunal itu hendaklah dibahagi sama rata oleh Pihak-Pihak Yang Mengikat Perjanjian termasuk sebarang perbelanjaan yang dibuat oleh Yang Di-Pertua atau Naib Yang Di-Pertua Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa dalam melaksanakan tatacara-tatacara dalam perenggan (2)(b) dari Perkara ini.

AGREEMENT BETWEEN THE GOVERNMENT OF HONG KONG E31

AND THE GOVERNMENT OF HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM CONCERNING AIR SERVICES

PERKARA 16

Pindaan

1. Sebarang pindaan Kepada Perjanjian ini selain daripada Tambahan yang dipersetujui oleh Pihak-Pihak Yang Mengikat Perjanjian hendaklah berkuatkuasa apabila ianya disahkan secara bertulis di antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Hong Kong.

2. Sebarang pindaan kepada Tambahan yang dipersetujui oleh Pihak-pihak Yang Mengikat Perjanjian hendaklah berjalan kuatkuasanya apabila disahkan secara bertulis di antara pihak-pihak berkuasa aeronautikal dari kedua-dua Pihak Yang Mengikat Perjanjian.

PERKARA 17

Penamatan

Salah satu Pihak Yang Mengikat Perjanjian boleh pada bila-bila masa memberi notis secara bertulis kepada Pihak yang satu lagi mengenai keputusannya untuk menamatkan Perjanjian ini. Perjanjian ini hendaklah ditamatkan pada tengah- malam (ditempat notis itu diterima) sebaik-sahaja sebelum ulangtahun pertama tarikh penerimaan notis tersebut oleh Pihak yang satu lagi itu, melainkan jika notis tersebut ditarik balik melalui persetujuan sebelum tamatnya tempoh ini.

PERKARA 18

Pendaftaran Dengan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)

Perjanjian ini dan sebarang pindaan kepadanya hendaklah didaftarkan dengan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.

PERKARA 19

Mulai Berkuatkuasa

Perjanjian ini hendaklah mula berkuatkuasa pada hari penandatanganan. Pada menyaksikan Perjanjian ini, wakil-wakil yang bertandatangan di bawah, yang diberi kuasa dengan sempurna oleh Kerajaan-Kerajaan mereka masing- masing, telah menandatangani Perjanjian ini.

Diperbuat, dalam dua salinan di Hong Kong pada Sembilan haribulan Januari 1989 dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, kedua-dua teks adalah mempunyai kesahihan yang sama.

Bagi pihak Kerajaan Hong Kong

ANSON CHAN

Bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

DATO HAJI ZAKARIA

DMW HAJI SULAIMAN

Share This Page