E28

AGREEMENT BETWEEN THE GOVERNMENT OF HONG KONG AND THE GOVERNMENT OF HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM CONCERNING AIR SERVICES

PERKARA 10

Penyediaan Statistik

Pihak-pihak berkuasa aeronautikal dari sesuatu Pihak Yang Mengikat Perjanjian hendaklah membekalkan kepada pihak-pihak berkuasa aeronautikal dari Pihak yang satu lagi atas permintaan mereka penyata-penyata statistik berkala atau penyata-penyata statistik lain sebagaimana yang mungkin secara berpatutan diperlukan bagi maksud mengkaji semula muatan yang diperuntukkan dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang dipersetujui oleh syarikat-syarikat penerbangan yang ditetapkan dari Pihak Yang Mengikat Perjanjian itu yang mula-mula disebutkan dalam Perkara ini. Penyata-penyata itu hendaklah termasuk segala maklumat yang dikehendai untuk menentukan jumlah pengangkutan yang dibawa oleh syarikat-syarikat penerbangan terseubt dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang dipersetujui itu dan tempat berlepas dan tempat tujuan pengangkutan tersebut.

PERKARA 11

Pemindahan Pendapatan

Sesebuah syarikat penerbangan yang ditetapkan dari Hong Kong hendaklah mempunyai hak untuk menukar dan mengirimkan ke Hong Kong apabila diminta hasil-hasil setempat yang melebihi jumlah yang dibayar setempat. Sesebuah syarikat penerbangan yang ditetapkan dari Negara Brunei Darussalam hendaklah mempunyai hak untuk menukar dan mengirimkan ke Negara Brunei Darussalam apabila diminta hasil-hasil setempat yang melebihi jumlah yang dibayar setempat. Penukaran dan pengiriman wang hendaklah dibenarkan tanpa sekatan-sekatan pada kadar pertukaran yang dikenakan terhadap urusniaga yang berjalan pada masa hasil-hasil terseubt dihadapkan untuk pertukaran dan pengiriman.

PERKARA 12

Perwakilan Syarikat Penerbangan

Syarikat atau syarikat-syarikat penerbangan yang ditetapkan dari sebuah Pihak Yang Mengikat Perjanjian hendaklah berhak, menurut undang-undang dan peraturan-peraturan berhubung dengan kemasukan, kediaman dan pekerjaan Pihak yang satu lagi itu, untuk membawa masuk dan menyenggara dalam kawasan Pihak yang satu lagi itu kakitangan-kakitangan pengurusan, teknikal, pengendalian dan pakar lain mereka sendiri siapa yang diperlukan untuk mengendalikan perkhidmatan-perkhidmatan udara.

PERKARA 13

Bayaran-Bayaran Pengguna

1. Tiada sebuah Pihak Yang Mengikat Perjanjian pun boleh mengenakan atau membenarkah untuk dikenakan ke atas syarikat atau syarikat-syarikat penerbangan yang ditetapkan dari Pihak yang satu lagi bayaran-bayaran

AGREEMENT BETWEEN THE GOVERNMENT OF HONG KONG AND THE GOVERNMENT OF HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM CONCERNING AIR SERVICES

E29

pengguna yang lebih tinggi dari yang dikenakan ke atas syarikat-syarikat penerbangannya sendiri yang mengendalikan perkhidmatan-perkhidmatan udara antarabangsa yang serupa.

2. Tiap-tiap Pihak Yang Mengikat Perjanjian hendaklah menggalakkan perundingan di antara pihak-pihak berkuasa mengenakan bayaran yang layak dan syarikat-syarikat penerbangannya yang menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan dan kembudahan-kemudahan, jika boleh dilaksanakan melalui badan-badan perwakilan syarikat-syarikat penerbangan tersebut. Notis yang berpatutan hendaklah diberikan kepada pengguna-pengguna mengenai sebarang cadangan bagi perubahan- perubahan dalam bayaran-bayaran pengguna untuk membolehkan mereka menyatakan pandangan-pandangan mereka sebelum perubahan-perubahan di buat. Tiap-tiap Pihak Yang Mengikat Perjanjian hendaklah selanjutnya menggalakkan pihak-pihak berkuasa mengenakan bayaran yang layak dan syarikat-syarikat penerbangan tersebut untuk bertukar-tukar maklumat yang bersesuaian berhubung dengan bayaran-bayaran pengguna.

PERKARA 14

Perundingan

Salah satu Pihak Yang Mengikat Perjanjian boleh pada bila-bila masa meminta mengadakan perundingan-perundingan

berhubung dengan perlaksanaan, tafsiran, pemakaian atau pindaan Perjanjian ini. Perundingan- perundingan itu, yangmana mungkin terdiri dari pihak-pihak berkuasa aeronautikal, hendaklah dimulakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh Pihak yang satu lagi itu menerima satu permintaan bertulis, melainkan jika dipersetujui oleh Pihak-Pihak Yang Mengikat Perjanjian.

PERKARA 15

Penyelesaian Pertikaian

1. Jika terbit sebarang pertikaian di antara Pihak-Pihak Yang Mengikat Perjanjian berkaitan dengan tafsiran atau pemakaian Perjanjian ini, Pihak-pihak Yang Mengikat Perjanjian hendaklah pada mulanya berusaha menyelesaikannya melalui rundingan.

2. Jika Pihak-Pihak Yang Mengikat Perjanjian gagal untuk mencapal satu penyelesaian bagi pertikaian tersebut melalui perundingan, ianya boleh dirujukkan oleh mereka kepada orang atau badan yang mereka boleh persetujui atau, atas permintaan salah satu Pihak Yang Mengikat Perjanjian, hendaklah menyerahkan untuk mendapatkan keputusan kepada sebuah tribunal yang terdiri dari tiga orang penimbangtara yangmana hendaklah bertindak secara yang berikut:-

(a) dalam masa 30 hari selepas menerima satu permohonan untuk penimbangtaraan, tiap-tiap Pihak Yang Mengikat Perjanjian hendaklah melantik seorang penimbangtara. Seorang warganegara dari sebuah Negara yang boleh dianggap sebagai berkecuali berhubung dengan perselisihan itu, siapa yang akan bertindak sebagai Yang Di-Pertua

Share This Page