E24

AGREEMENT BETWEEN THE GOVERNMENT OF HONG KONG AND THE GOVERNMENT OF HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM CONCERNING AIR SERVICES

secara berasingan untuk dinyatakan butir-butir yang dimaksudkan dalam perenggan (1) dari Perkara ini. Ia hendaklah dimaktubkan tidak kurang dari 60 hari (atau sesuatu tempoh yang lebih pendek yang pihak-pihak berkuasa aeronautikal mungkin persetujui) sebelum tarikh bermula yang dicadangkan. Tarif yang dicadangkan hendaklah dianggap sebagai telah dimaktubkan dengan satu Pihak Yang Mengikat Perjanjian pada tarikh bila mana ianya diterima oleh pihak-pihak berkuasa aeronautikal dari Pihak Yang Mengikat Perjanjian itu.

5. Sebarang tarif yang dicadangkan boleh diluluskan oleh pihak-pihak aeronautikal dari salah satu Pihak Yang Mengikat Perjanjian pada bila-bila masa dan asalkan ianya telah dimaktubkan menurut perenggan (4) dari Perkara ini, hendaklah dianggap telah diluluskan oleh pihak-pihak berkuasa aeronautikal melainkan jika, dalam tempoh 30 hari (atau sesuatu tempoh yang lebih pendek sebagaimana yang pihak-pihak berkuasa aeronautikal bagi kedua-dua Pihak Yang Mengikat Perjanjian mungkin dipersetujui) selepas tarikh permaktupan, pihak-pihak berkuasa aeronautikal dari salah satu Pihak Yang Mengikat Perjanjian telah menyampaikan kepada pihak- pihak aeronautikal dari Pihak yang satu lagi notis bertulis berhubung dengan ketidaklulusan tarif yang dicadangkan.

6.

7.

8.

9.

Jika sesuatu notis ketidaklulusan diberikan menurut syarat-syarat perenggan (5) dari Perkara ini, pihak-pihak berkuasa aeronautikal bagi kedua-dua Pihak Yang Mengikat Perjanjian boleh menentukan tarif dengan persetujuan bersama. Salah satu Pihak Yang Mengikat Perjanjian boleh, dalam tempoh 30 hari dari penyampaian notis ketidaklulusan, memohon perundingan- perundingan yangmana hendaklah diadakan dalam tempoh 30 hari dari permohonan.

Jika sesuatu tarif itu tidak diluluskan oleh salah satu daripada pihak-pihak berkuasa aeronautikal menurut perenggan (5) dari Perkara ini, dan pihak- pihak berkuasa aeronautikal itu telah tidak dapat untuk menentukan tarif dengan persetujuan menurut perenggan (6) dari Perkara ini, maka perselisihan tersebut bolehlan diselesaikan menurut syarat-syarat dari Perkara 15 dari Perjanjian ini.

Tertakluk kepada perenggan (9) bagi Perkara ini, satu tarif yang ditetapkan menurut syarat-syarat dari Perkara ini hendaklah terus berkuatkuasa sehingga satu tarif pengganti telah ditetapkan.

Kecuali dengan persetujuan pihak-pihak berkuasa aeronautikal dari kedua- dua Pihak Yang Mengikat Perjanjian, dan bagi satu tempoh yang kedua- duanya mungkin persetujui, satu tarif tidak boleh diperpanjangkan menurut kuasa perenggan (8) dari Perkara ini:

(a) jika sesuatu tarif itu mempunyai tarikh penamat, lebih daripada 12

bulan selepas tarikh tersebut;

(b) jika sesuatu tarif itu tidak mempunyai tarikh penamat, lebih daripada 12 bulan selepas tarikh bila mana suatu tarif pengganti telah dimaktubkan oleh kedua-dua pihak berkuasa aeronautikal oleh syarikat atau syarikat- syarikat penerbangan yang ditetapkan dari satu atau kedua-dua Pihak Yang Mengikat Perjanjian.

,

AGREEMENT BETWEEN THE GOVERNMENT OF HONG KONG E25

AND THE GOVERNMENT OF HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM CONCERNING AIR SERVICES

10. (a) Tarif yang akan dikenakan oleh syarikat penerbangan yang ditetapkan dari Hong Kong bagi pengangkutan di antara Negara Brunei Darussalam dan sebuah Negara lain hendaklah tertakluk kepada perlulusan oleh pihak-pihak berkuasa aeronautikal dari Negara Brunei Darussalam dan, di mana bersesuaian, bagi Negara yang satu lagi. Tarif yang akan dikenakan oleh syarikat penerbangan yang ditetapkan dari Negara Brunei Darussalam bagi pengangkutan di antara Hong Kong dan sebuah Negara yang lain daripada Negara Brunei Darussalam hendaklah tertakluk kepada perlulusan oleh pihak-pihak berkuasa aeronautikal dari Hong Kong dan, di mana bersesuaian, dari Negara yang satu lagi.

1.

2.

(b) Tiada sebarang tarif pun boleh diluluskan bagi pengangkutan sedemikian melainkan jika ianya telah dimaktubkan oleh syarikat penerbangan yang ditetapkan yang meminta perlulusan tersebut daripada pihak-pihak berkuasa aeronautikal dari Pihak yang satu lagi dalam bentuk sebagaimana yang pihak-pihak berkuasa aeronautikal tersebut mungkin menghendaki untuk dinyatakan butir-butir yang dimaksudkan di dalam perenggan (1) dari Perkara ini tidak kurang dari 90 hari (atau sesuatu tempoh yang lebih pendek sebagaimana yang pihak-pihak berkuasa aeronautikal tersebut mungkin dalam keadaan tertentu persetujui) sebelum tarikh bermula yang telah dicadangkan.

(c) Pihak Yang Mengikat Perjanjian yang telah membenarkan tarif bagi pengangkutan sedemikian boleh menarik balik perlulusan tarif tersebut atas pemberian notis 90 hari kepada syarikat penerbangan yang ditetapkan dari Pihak yang satu lagi yang mengenakan tarif tersebut dan tarif itu hendaklah berhenti daripada di kenakan oleh syarikat penerbangan yang ditetapkan itu pada penghujung tempoh tersebut.

PERKARA 8

Duti Kastam

Pesawat terbang yang dikendalikan dalam perkhidmatan-perkhidmatan udara antarabangsa oleh sesebuah syarikat penerbangan yang ditetapkan dari salah satu Pihak Yang Mengikat Perjanjian, peralatan biasanya, bahanbakar, minyak pelincir, alat-alat ganti termasuk enjin-enjin, dan barangbarang bekalan pesawat terbang (termasuk tetapi tidak terhad kepada barang-barang seperti makanan, minuman dan tembakau) yangmana terdapat di dalam pesawat terbang tersebut hendaklah dibebaskan oleh Pihak yang satu lagi atas dasar timbal-balas daripada segala duti kastam, cukai eksais dan bayaran-bayaran lain yang serupa yang diasaskan pada kos perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan apabila tiba, asalkan peralatan dan bekalan-bekalan tersebut masih berada di dalam pesawat terbang itu.

Peralatan biasa, alat-alat ganti, bekalan-bekalan bahanbakar dan minyak pelincir, barang-barang bekalan pesawat terbang, simpanan tiket-tiket yang bercetak, bil-bil penerbanganudara, sebarang bahan yang dicetak yang mempunyai lambang sesebuah syarikat penerbangan yang ditetapkan dari salah satu Pihak Yang Mengikat Perjanjian dan bahan publisiti biasa yang dibahagi bahagikan secara percuma oleh syarikat penerbangan yang ditetapkan itu, dimasukkan ke dalam kawasan Pihak yang satu lagi oleh atau

Share This Page