E20
4.
AGREEMENT BETWEEN THE GOVERNMENT OF HONG KONG AND THE GOVERNMENT OF HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM CONCERNING AIR SERVICES
Jika disebabkan oleh persengketaan bersenjata, gangguan-gangguan atau perkembangan-perkembangan politik, atau keadaan-keadaan khas dan di luar kebiasaan, syarikat penerbangan yang ditetapkan bagi satu Pihak Yang Mengikat Perjanjian itu tidak dapat untuk membuat perkhidmatan pada laluannya yang biasa, maka Pihak yang satu lagi hendaklah menggunakan daya usahanya sedaya upayanya untuk membolehkan operasi perkhidmatan sedemikian yang berterusan melalui penyusunan semula laluan-laluan secara sementara yang bersesuaian.
5.
AGREEMENT BETWEEN THE GOVERNMENT OF HONG KONG E21
AND THE GOVERNMENT OF HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM CONCERNING AIR SERVICES
Perjanjian ini, jika sekiranya ia tidak berpuas hati bahawa syarikat penerbangan itu adalah diperbadankan dan mempunyai tempat perniagaan utamanya di Hong Kong.
Apabila sesebuah syarikat penerbangan itu telah ditetapkan dan diberikan kuasa sedemikian, maka ianya boleh memulakan untuk mengendalikan perkhidmatan-perkhidmatan yang telah dipersetujui itu, dengan syarat bahawa syarikat penerbangan tersebut mematuhi syarat-syarat yang berkenaan dari Perjanjian ini.
1.
PERKARA 4
Penetapan Dan Pemberian Kebenaran Kepada Syarikat-Syarikat Penerbangan
Tiap-tiap Pihak Yang Mengikat Perjanjian hendaklah mempunyai hak untuk menetapkan secara bertulis kepada Pihak yang satu lagi sebuah atau lebih syarikat penerbangan bagi maksud mengendalikan perkhidmatan- perkhidmatan yang dipersetujui pada laluan-laluan yang ditentukan itu dan untuk menarik balik atau mengubah penetapan-penetapan tersebut.
2. Apabila menerima penetapan itu, Pihak yang satu lagi itu hendaklah, tertakluk kepada syarat-syarat perenggan-perenggan (3) dan (4) dari Perkara ini, dengan tidak berlengah-lenggah memberi kepada syarikat penerbangan atau syarikat-syarikat penerbangan yang ditetapkan itu kebenaran- kebenaran pengendalian yang bersesuaian;
3.
Pihak-pihak berkuasa aeronautikal dari satu Pihak Yang Mengikat Perjanjian boleh menghendaki sesebuah syarikat penerbangan yang ditetapkan oleh Pihak yang satu lagi untuk memuaskan hati mereka bahawa ia layak untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di bawah undang- undang dan peraturan-peraturan yang lazimnya dan berpatutan dikenakan terhadap pengendalian perkhidmatan-perkhidmatan udara antarabangsa oleh pihak-pihak berkuasa yang berkenaan.
4. (a) Kerajaan Hong Kong hendaklah mempunyai hak untuk enggan memberi kebenaran-kebenaran pengendalian yang disebutkan didalam perenggan (2) dari Perkara ini, atau untuk mengenakan syarat-syarat sebagaimana yang mungkin dianggap perlu pada menjalankan oleh sesebuah syarikat penerbangan yang ditetapkan hak-hak yang ditentukan didalam Perkara 3(2) dari Perjanjian ini, jika sekiranya ia tidak berpuas hati bahawa pemilikan sebahagian besar dan pengawalan sebenar syarikat penerbangan itu adalah terletak di tangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau warganegara- warganegaranya.
(b) Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hendaklah mempunyai hak untuk enggan memberi kebenaran-kebenaran pengendalian yang disebutkan di dalam perenggan (2) dari Perkara ini, atau untuk mengenakan syarat-syarat sebagaimana yang mungkin dianggap perlu pada menjalankan oleh sesebuah syarikat penerbangan yang ditetapkan hak-hak yang ditentukan di dalam Perkara 3(2) dari
PERKARA 5
Pembatalan Atau Penggantungan Kebenaran Pengendalian
1. Tiap-tiap Pihak Yang Mengikat Perjanjian hendaklah berhak untuk membatalkan atau menggantung kebenaran pengendalian bagi perjalanan hak-hak yang ditentukan di dalam Perkara 3(2) dari Perjanjian ini oleh sesebuah syarikat penerbangan yang ditetapkan oleh Pihak yang satu lagi, atau mengenakan syarat-syarat sebagaimana yang mungkin dianggap perlu pada menjalankan hak-hak itu:
2.
(a)
(i) bagi Kerajaan Hong Kong, jika sekiranya ja tidak berpuas hati bahawa pemilikan sebahagian besar dan pengawalan sebenar syarikat penerbangan itu adalah terletak di tangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau warganegara-warganegaranya;
(ii) bagi Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, jika sekiranya ia tidak berpuas hati bahawa syarikat penerbangan itu adalah diperbadankan dan mempunyai tempat perniagaan utamanya di Hong Kong; atau
(b) jika syarikat penerbangan itu gagal mematuhi undang-undang atau peraturan-peraturan Pihak Yang Mengikat Perjanjian yang memberi hak-hak itu; atau
(c) jika syarikat penerbangan itu sebaliknya gagal untuk mengendalikan
menurut syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Perjanjian ini.
Melainkan jika pembatalan atau penggantungan serta-merta kebenaran pengendalian yang disebutkan di dalam perenggan (1) dari Perkara ini atau pengenaan syarat-syarat di dalamnya adalah mustahak untuk menghindarkan perlanggaran-perlanggaran lanjut undang-undang atau peraturan-peraturan, maka hak demikian hendaklah dijalankan hanya setelah membuat perundingan dengan Pihak yang satu lagi.