E18
AGREEMENT BETWEEN THE GOVERNMENT OF HONG KONG AND THE GOVERNMENT OF HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM CONCERNING AIR SERVICES
PERJANJIAN
DI ANTARA
KERAJAAN HONG KONG
DENGAN
KERAJAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
MENGENAI DENGAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN UDARA
Kerajaan Hong Kong dan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam; Berhasrat untuk membuat satu Perjanjian bagi maksud mengadakan perkhidmatan-perkhidmatan udara di antara Hong Kong dan Negara Brunei
Darussalam;
Telah bersetuju seperti berikut:
PERKARA 1
Tafsiran
Bagi maksud Perjanjian ini, melainkan jika maksudnya berkehendakkan makna yang lain:-
(a) perkataan "pihak-pihak berkuasa aeronautikal” bermakna, bagi Hong Kong, Pengarah Penerbangan Awam, dan bagi Negara Brunei Darussalam, Menteri Perhubungan, atau, bagi kedua-dua buah negara, sesiapa jua orang atau mana-mana badan yang diberi kuasa untuk menjalankan apa jua tugas yang pada masa ini dijalankan oleh pihak- pihak berkuasa tersebut di atas atau tugas-tugas yang sama;
(b) perkataan "syarikat penerbangan yang ditetapkan" bermakna syarikat penerbangan yang telah ditetapkan dan dibenarkan menurut Perkara 4 dari Perjanjian ini;
(c) perkataan "kawasan" bersabit dengan Hong Kong termasuk Pulau Hong Kong, Kowloon dan The New Territories dan bersabit dengan Negara Brunei Darussalam membawa makna yang ditentukan bagi "wilayah" di dalam Perkara 2 dari Konvensyen mengenai Penerbangan Awam Antarabangsa yang mula ditandatangani di Chicago pada 7 Disember 1944;
(d) perkataan-perkataan "perkhidmatan udara", "perkhidmatan udara antarabangsa", "syarikat penerbangan" dan "singgah bagi maksud- maksud bukan pengangkutan" mempunyai makna yang masing-masing ditentukan kepadanya dalam Perkara 96 dari Konvensyen tersebut; (e) perkataan "bayaran pengguna" bermakna satu bayaran yang dibuat kepada syarikat-syarikat penerbangan oleh pihak-pihak berkuasa yang berkelayakan atau diberikan kebenaran oleh mereka untuk dibuatkan peruntukan bagi hartabenda atau kemudahan-kemudahan lapangan terbang atau bagi kemudahah-kemudahan perjalanan udara, termasuk perkhidmatan-perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan
yang berkaitan, bagi pesawat terbang, anak-anak kapal mereka, penumpang- penumpang dan kargo;
AGREEMENT BETWEEN THE GOVERNMENT OF HONG KONG AND THE GOVERNMENT OF HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM CONCERNING AIR SERVICES
E19
(f) perkataan "Perjanjian ini" termasuk Tambahan kepada perjanjian ini
dan mana-mana pindaan kepadanya atau kepada Perjanjian ini.
PERKARA 2
Syarat-Syarat Konvensyen Chicago
Yang Ada Berkenaan Dengan Perkhidmatan- Perkhidmatan Udara Antarabangsa
Dalam melaksanakan Perjanjian ini, Pihak-Pihak Yang Mengikat Perjanjian hendaklah bertindak selaras dengan syarat-syarat Konvensyen mengenai Penerbangan Awam Antarabangsa yang mula ditandatangani di Chicago pada 7 Disember 1944, termasuk Tambahan-Tambahan yang berkenaan, setakat yang syarat-syarat itu ada bekenaan dengan perkhidmatan-perkhidmatan udara antarabangsa.
PERKARA 3
Pemberian Hak-Hak
1. Tiap-tiap Pihak Yang Mengikat Perjanjian memberi kepada Pihak yang satu lagi hak-hak yang berikut berkaitan dengan perkhidmatan-perkhidmatan udara antarabangsanya:-
(a) hak untuk terbang melintasi kawasannya tanpa mendarat;
(b) hak untuk membuat persinggahan-persinggahan dalam kawasannya
bagi maksud-maksud bukan pengangkutan.
2. Tiap-tiap Pihak Yang Mengikat Perjanjian memberikan kepada Pihak yang satu lagi hak-hak yang selepas ini ditentukan di dalam Perjanjian ini bagi maksud mengadakan perkhidmatan-perkhidmatan udara antarabangsa pada laluan-laluan yang ditentukan di dalam Seksyen yang berkenaan dalam Tambahan kepada Perjanjian ini. Perkhidmatan-perkhidmatan dan laluan- laluan tersebut adalah selepas ini masing-masing disebut "perkhidmatan- perkhidmatan yang dipersetujui" dan "laluan-laluan yang dipersetujui”. Di samping mengadakan perkhidmatan yang dipersetujui pada satu laluan yang ditentukan, syarikat-syarikat penerbangan yang ditetapkan oleh tiap-tiap Pihak Yang Mengikat Perjanjian adalah menikmati sebagai tambahan kepada hak-hak yang ditentukan didalam perenggan (1) bagi Perkara ini hak untuk membuat persinggahan-persinggahan dalam kawasan Pihak yang satu lagi pada tempat-tempat yang ditentukan bagi laluan tersebut dalam Tambahan kepada Perjanjian ini bagi tujuan untuk mengangkut dan menurunkan penumpang-penumpang dan kargo termasuk mel.
3. Tiada sebarang apapun dalam perenggan (2) dari Perkara ini boleh dianggap memberi kepada syarikat-syarikat penerbangan yang ditetapkan dari satu Pihak Yang Mengikat Perjanjian hak untuk mengangkut, di satu-satu tempat dalam kawasan Pihak yang satu lagi, penumpang-penumpang dan kargo, termasuk mel, dibawa kerana disewa atau bayaran upah dan ditujukan ke tempat lain dalam kawasan Pihak yang satu lagi.