Perlaksanaan ranchangan yang tersebut di-atas tadi akan di-mulakan dengan seberapa awal yang sesuai kapada kedua2 belah pehak. Ada-lah fahaman Kerajaan Baginda Queen bahawa Kerajaan Brunei akan bersedia untok membiayai perbelanjaan keselurohan-nya bagi ranchangan ini.
Pesurohjaya Tinggi British di-Bandar Seri Begawan akan sesunggoh-nya bergembira untok meneruskan hubongan dengan Kerajaan Brunei mengenai dengan shor2 British ini.
Jika perkara2 yang di-nyatakan di-atas tadi dengan betul merupakan kesimpulan2 yang telah di-chapai di-antara Duli Tuan Patek dengan Kerajaan Baginda Queen, maka patek dengan hormat-nya menshorkan supaya Nota ini dan jawapan Duli Tuan Patek pada mempersetujui-nya hendak-lah men- chatetkan persefahaman di-antara kedua2 buah Kerajaan kita mengenai dengan perkara2 ini yang mana akan berjalan kuatkuasa-nya dari tarikh hari ini, ya'ani tarikh menginitial-nya.
Patek mengambil kesempatan ini untok membaharui kapada Duli Tuan Patek pengakuan terhadap penghormatan patek yang setinggi2-nya.
GORONWY-ROBERTS OF CAERNARVON AND OGWEN
No. 2
His Highness Paduka Seri Baginda Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei to the Minister of State for Foreign and Commonwealth Affairs
Istana Darul Hana,
Brunei.
Tuan,
28 September 1978
Menyusol kapada Nota tuan bertarikh hari ini yang mana dalam terjemahan- nya berbunyi saperti berikut:
[As in Malay text of No. 1]
Pada menjawab Nota tuan itu, Beta dengan sukachita bersetuju bahawa ia-nya ada-lah sa-chuchok dengan fahaman Beta mengenai dengan kedudokan perkara ini dan bahawa Nota tuan dan jawapan Beta ini akan menchatetkan persefahaman di-antara kedua2 buah Kerajaan kita mengenai dengan perkara ini, yang mana akan berjalan kuatkuasa-nya dari tarikh hari ini, yaʼani tarikh menginitial-nya.
Sila-lah terima pengakuan terhadap penghormatan Beta yang setinggi2-nya.
Sekian.
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN SIR MUDA HASSANAL BOLKIAH
41