Great Britain dan Northern Ireland dengan Negeri Brunei dan kapada perun- dingan2 yang telah di-adakan di-antara Duli Tuan Patek dengan Kerajaan Baginda Queen mengenai dengan pemberian sechara berterusan bantuan yang berkaitan dengan perkara2 kehakiman. Kesimpulan2 yang berikut telah di-chapai dalam perundingan2 itu.

1. Susunan2 yang sedang berjalan sekarang di-bawah mana Kerajaan Hong Kong membolehkan Chief Justice dan hakim2 yang lain dari Mahkamah Besar Hong Kong di-gunakan oleh Duli Tuan Patek bagi maksud menganggotai Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan Negeri Brunei akan di-teruskan sebagaimana yang berjalan sekarang.

2. Susunan2 yang sedang berjalan sekarang di-bawah mana rayuan2 di-tujukan dari Mahkamah2 Brunei kapada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Queen dalam Majlis Mashuarat (Her Majesty in Council) akan di-teruskan sebagaimana yang berjalan sekarang.

Jika apa yang di-nyatakan di-atas tadi dengan betul merupakan kesimpulan2 yang telah di-chapai di-antara Duli Tuan Patek dengan Kerajaan Baginda Queen, maka patek dengan hormat-nya menshorkan supaya Nota ini dan jawapan Duli Tuan Patek pada mempersetujui-nya hendak-lah menchatetkan persefahaman di-antara kedua2 buah Kerajaan kita mengenai dengan perkara2 ini, yang mana akan berjalan kuatkuasa-nya lima tahum dari 31 haribulan December 1978.

Patek mengambil kesempatan ini untok membaharui kapada Duli Tuan Patek pengakuan terhadap penghormatan patek yang setinggi2-nya.

GORONWY-ROBERTS OF CAERNARVON AND OGWEN

No. 2

His Highness Paduka Seri Baginda Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei to the Minister of State for Foreign and Commonwealth Affairs

Istana Darul Hana,

Brunei.

Tuan,

7 January 1979.

Menyusol kapada Nota tuan bertarikh hari ini yang mana dalam terjemahan- nya berbunyi saperti berikut:

[As in Malay text of No. 1]

Pada menjawab Nota tuan itu, Beta dengan sukachita bersetuju bahawa shor2 yang terkandong di-dalam-nya adalah dengan betul merupakan kesim- pulan2 yang telah di-chapai dalam perundingan2 Beta dengan Kerajaan Baginda Queen dan bahawa Nota tuan itu dan jawapan Beta ini akan men- chatetkan persefahaman di-antara kedua2 buah Kerajaan kita mengenai dengan perkara ini, yang mana akan berjalan kuatkuasa-nya lima tahun dari 31 haribulan December 1978.

37

Share This Page