Malay]
i
His Highness Paduka S
to the Minister of
Duli Yang Maha Mulia,
Patek dengan hormat-nya merojok kapada Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama yang telah di-tandatangani hari ini di-antara United Kingdom of Great Britain dan Northern Ireland dengan Negeri Brunei, yang mana akan berjalan kuatkuasa-nya berikutan dengan penamatan perhubongan2 Perjanjian yang istimewa di-antara United Kingdom dengan Negeri Brunei, termasok semua baki tanggong-jawab2 United Kingdom yang berkaitan dengan hal ehwal luar Negeri Brunei.
Sebagai satu kesan-nya maka tanggong-jawab British terhadap orang2 naongan British (British protected persons) di-Brunei akan tamat lima tahun dari 31 haribulan December 1978 sama ada atau tidak orang2 naongan British yang sedemikian ada-lah warganegara Brunei di-bawah Undang2 Taraf Kebangsaan Brunei 1961.
Ada-lah fahaman Kerajaan Baginda Queen bahawa orang2 yang bukan warganegara Brunei akan tetapi yang mempunyai kediaman tetap di-Brunei, akan terus mempunyai kediaman di-Brunei terta'alok kapada Undang2 Brunei; bahawa mereka akan di-berikan Surat2 Pengenalan Antarabangsa oleh Pehak Yang Berkuasa di-Brunei bagi maksud2 keluar negeri, dan bahawa mereka akan di-berikan taraf kera'ayatan apabila mereka memohonkan-nya jika mereka memenohi sharat2 yang tertentu di-bawah Undang2 Taraf Kebangsaan Brunei 1961.
Pengeluaran paspot2 kapada warganegara2 Brunei akan menjadi tanggong- jawab Kerajaan Brunei: pengeluaran paspot2 kapada warganegara2 United Kingdom di-Brunei akan menjadi tanggong-jawab Surohanjaya Tinggi British di-Brunei.
Jika apa yang di-nyatakan di-atas tadi sa-chuchok dengan fahaman Duli Tuan Patek mengenai dengan kedudokan perkara ini, maka patek dengan hormat-nya menshorkan supaya Nota ini dan jawapan Duli Tuan Patek pada mempersetujui-nya hendak-lah di-anggap sebagai satu persefahaman di-antara kedua2 buah Kerajaan kita mengenai dengan perkara2 ini yang mana akan berjalan kuatkuasa-nya lima tahun dari 31 haribulan December 1978.
Patek mengambil kesempatan ini untok membaharui kapada Duli Tuan Patek pengakuan terhadap penghormatan patek yang setinggi2-nya.
GORONWY-ROBERTS OF CAERNARVON AND OGWEN
Tuan,
Menyusol Nota tuan berbunyi saperti berikut:
Pada menjawab Nota shor2 yang terkandong d pulan2 yang telah di-cl Baginda Queen dan baha chatetkan persefahaman dengan perkara ini, yang 31 haribulan December 1-
Sila-lah tuan terima setinggi2-nya.
Your Lordship,
With reference to You reads as follows:
In reply to your Note in it correctly represent Her Majesty's Governm record the understanding will come into operation
Please accept, Your 1
34