2. Kerajaan Negeri Brunei akan mengadakan kemudahan2 yang sesuai untok latehan dalam Negeri Brunei bagi Anggota2 dari Pasokan2 Bersenjata United Kingdom menurut susunan2 berbutir yang akan di-tentukan.

Jika perkara2 yang di-sebutkan di-atas tadi dengan betul merupakan kesimpulan2 yang telah di-chapai di-antara Duli Tuan Patek dengan Kerajaan Baginda Queen, maka patek dengan hormat-nya menshorkan supaya Nota ini dan jawapan Duli Tuan Patek pada mempersetujui-nya akan menchatetkan persefahaman oleh kedua2 buah Kerajaan kita mengenai dengan perkara2 ini yang mana akan berjalan kuatkuasa-nya lima tahun dari 31 haribulan December 1978.

Patek mengambil kesempatan ini untok membaharui kapada Duli Tuan Patek pengakuan terhadap penghormatan patek yang setinggi2-nya.

GORONWY-ROBERTS OF CAERNARVON AND OGWEN

No. 2

His Highness Paduka Seri Baginda Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei to the Minister of State for Foreign and Commonwealth Affairs

Tuan,

Istana Darul Hana,

Brunei.

7 January 1979.

Pada menyusol Nota tuan bertarikh hari ini yang mana dalam terjemahan- nya berbunyi saperti berikut:

[As in Malay text of No. 1]

Pada menjawab Nota tuan itu, Beta dengan sukachita bersetuju bahawa sharat2 sebagaimana yang di-huraikan dalam Nota itu ada-lah dengan betul merupakan kesimpulan2 yang telah di-chapai dalam perundingan2 Beta dengan Kerajaan Baginda Queen dan bahawa Nota tuan itu dan jawapan Beta ini akan menchatetkan persefahaman di-antara kedua2 buah Kerajaan kita mengenai perkara ini yang mana akan berjalan kuatkuasa-nya lima tahun dari 31 haribulan December 1978.

пуа.

Sila-lah tuan terima pengakuan terhadap penghormatan Beta yang setinggi2-

Sekian.

SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN SIR MUDA HASSANAL BOLKIAH

31

Share This Page