E32
AGREEMENT BETWEEN THE GOVERNMENT OF HONG KONG AND THE GOVERNMENT OF HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM CONCERNING AIR SERVICES
TAMBAHAN
JADUAL LALUAN
BAHAGIAN 1
Laluan-laluan yang akan dibuat oleh syarikat atau syarikat-syarikat penerbangan yang ditetapkan dari Hong Kong:-
Hong Kong Tempat Pertengahan Tempat-Tempat Dalam Negara Brunei Darussalam-Tempat-Tempat Luar.
Perhatian:
1.
2.
3.
Syarikat atau syarikat-syarikat penerbangan yang ditetapkan bagi Kerajaan Hong Kong boleh pada mana-mana atau kesemua penerbangan untuk tidak singgah di mana-mana tempat pada laluan-laluan disebutkan di atas, dan boleh membuat perkhidmatan ke tempat-tempat tersebut dalam mana-mana susunan, asalkan perkhidmatan-perkhidmatan yang dipersetujui pada laluan- laluan ini bermula di Hong Kong.
Tiada sebarang pengangkutan pun boleh dilakukan pada satu tempat pertengahan atau pada satu tempat luar dan mendarat di tempat-tempat di dalam Negara Brunei Darussalam atau sebaliknya, kecuali sebagaimana yang dari masa ke semasa boleh dipersetujui oleh pihak-pihak berkuasa aeronautikal bagi Pihak-Pihak Yang Mengikat Perjanjian.
Tiada sebarang tempat di tanah besar China pun boleh diberikan perkhidmatan sebagai tempat pertengahan atau tempat luar.
BAHAGIAN 2
Laluan-laluan yang akan dibuat oleh syarikat atau syarikat-syarikat penerbangan yang ditetapkan dari Negara Brunei Darussalam:-
Tempat-Tempat dalam Negara Brunei Darussalam-Tempat-tempat Pertengahan- Hong Kong-Tempat-Tempat Luar.
Perhatian:
1.
2.
3.
Syarikat atau syarikat-syarikat penerbangan yang ditetapkan dari Negara Brunei Darussalam boleh pada-mana-mana atau kesemua penerbangan untuk tidak singgah di mana-mana tempat pada laluan-laluan disebutkan di atas, dan boleh membuat perkhidmatan Ke tempat-tempat tersebut dalam mana-mana susunan, asalkan perkhidmatan-perkhidmatan yang dipersetujui pada laluan-laluan ini bermula di tempat-tempat dalam Negara Brunei Darussalam.
Tiada sebarang pengangkutan pun boleh dilakukan pada satu tempat pertengahan atau pada satu tempat luar dan mendarat di tempat-tempat di dalam Hong Kong atau sebaliknya, kecuali sebagaimana yang dari masa ke semasa boleh dipersetujui oleh pihak-pihak berkuasa aeronautikal Pihak- Pihak Yang Mengikat Perjanjian.
Tiada sebarang ada tempat di tanah besar China pun boleh diberikan perkhidmatan sebagai tempat pertengahan atau tempat luar.
:
香港政府和汶萊達魯薩蘭蘇丹王國政府
的民用航空運輸協定
一九八九年一月九日於香港
No comments yet.
Private notes are available after approval.