TNAG-1961-FCO40-2793-Air-services-agreement-between-Hong-Kong-and-Brunei-1989 — Page 60

FCO40 Hong Kong Department Records 聯邦事務部香港部檔案 All

E26

3.

4.

5.

1.

AGREEMENT BETWEEN THE GOVERNMENT OF HONG KONG AND THE GOVERNMENT OF HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM CONCERNING AIR SERVICES

bagi pihak syarikat penerbangan yang ditentukan itu atau dibawa ke dalam pesawat terbang yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan yang ditetapkan itu dan dimaksudkan hanya bagi kegunaan dalam pesawat terbang tersebut di dalam operasi perkhidmatan-perkhdimatan udara antarabangsa, hendaklah dibebaskan oleh Pihak yang satu lagi di atas dasar timbal-balas daripada segala duti kastam, cukai eksais dan bayaran-bayaran lain yang serupa yang bukan diasaskan pada kos perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan apabila tiba, meskipun bekalan-bekalan ini adalah untuk digunakan pada sebarang bahagian dari sesuatu perjalanan yang dilakukan di atas kawasan Pihak Yang Mengikat Perjanjian itu di mana ianya dibawa masuk ke dalam pesawat terbang.

Barang-barang yang dimaksudkan di dalam perenggan-perenggan (1) dan (2) dari Perkara ini boleh dikehendaki supaya disimpan di bawah pengawasan atau kawalan pihak-pihak berkuasa yang berkenaan.

Peralatan "airborne" biasa, alat-alat ganti, bekalan-bekalan bahanbakar dan minyak pelincir dan barang-barang bekalan pesawat terbang yang disimpan di dalam pesawat terbang sesbuah syarikat-syarikat penerbangan yang ditetapkan dari salah satu Pihak Yang Mengikat Perjanjian boleh dipunggah dalam kawasan Pihak yang satu lagi hanya dengan kebenaran pihak-pihak berkuasa Kastam bagi Pihak Yang Mengikat Perjanjian tersebut siapa yang mungkin menghendaki benda-benda ini ditempatkan di bawah pengawasan mereka sehingga sesuatu masa ianya dieksport semula atau sebaliknya dilepaskan menurut peraturan-peraturan Kastam.

Bantuan-bantuan yang diperuntukkan oleh Perkara ini hendaklah juga disediakan dalam keadaan-keadaan dimana syarikat penerbangan yang ditetapkan dari salah satu Pihak Yang Mengikat Perjanjian telah membuat persediaan-persediaan dengan syarikat atau syarikat-syarikat penerbangan yang lain bagi bantuan atau pemindahan dalam kawasan Pihak yang satu lagi barang-barang yang dinyatakan dalam perenggan-perenggan (1) dan (2) dari Perkara ini asalkan syarikat atau syarikat-syarikat penerbangan yang lain itu menerima bantuan-bantuan yang sama demikian daripada Pihak yang satu lagi itu.

PERKARA 9

Keselamatan Penerbangan

Pihak-pihak Yang Mengikat Perjanjian menekankan lagi bahawa kewajipan mereka terhadap satu sama lain untuk melindungi keselamatan penerbangan awam daripada gangguan yang menyalahi undang-undang merupakan satu bahagian yang mustahak bagi Perjanjian ini. Pihak-Pihak Yang Mengikat Perjanjian hendaklah terutamanya bertindak selaras dengan syarat-syarat keselamatan penerbangan Konvensyen mengenai Kesalahan-Kesalahan dan Tindakan-Tindakan Lain Tertentu Yang Dilakukan Dalam Pesawat Terbang, yang ditandatangani di Tokyo pada 14 September 1963, Konvensyen bagi Penumpasan Rampasan Pesawat Terbang Yang Menyalahi Undang-Undang, yang ditandatangani di The Hague pada 16 Disember 1970 dan Konvensyen bagi Penumpasan Tindakan-Tindakan Yang Menyalahi Undang-Undang terhadap Keselamatan Penerbangan Awam, yang ditandatangani di Montreal pada 23 September 1971.

2.

3.

AGREEMENT BETWEEN THE GOVERNMENT OF HONG KONG AND THE GOVERNMENT OF HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM CONCERNING AIR SERVICES

E27

Pihak-pihak Yang Mengikat Perjanjian hendaklah memberikan apabila diminta segala bantuan yang perlu terhadap satu sama lain untuk mencegah perbuatan-perbuatan rampasan pesawat terbang awam yang menyalahi undang-undang dan perbuatan-perbuatan yang menyalahi undang-undang terhadap keselamatan pesawat terbang itu, penumpang- penumpang dan anak-anak kapalnya, lapangan terbang-lapangan terbang dan kemudahan-kemudahan perjalanan udara, dan sebarang ancaman lain terhadap keselamatan penerbangan awam.

Pihak-pihak Yang Mengikat Perjanjian hendaklah, dalam hubungan- hubungan bersama mereka, bertindak selaras dengan syarat-syarat keselamatan penerbangan yang berkenaan yang ditetapkan oleh pertubuhan Penerbagan Awam Antarabangsa dan ditunjukkan sebagai Tambahan- Tambahan kepada Konvensyen mengenai Penerbangan Awam Antarabangsa, yang mula ditandatangani di Chicago pada 7 Disember 1944. Kedua-duanya hendaklah menghendaki supaya pengendali-pengendali pesawat terbang di bawah pendaftaran mereka atau pengendali-pengendali bagi pesawat terbang yang mempunyai tempat perniagaan utama mereka atau kediaman tetap dalam kawasan mereka, dan pengendali-pengendali lapangan terbang dalam kawasan mereka, bertindak selaras dengan syarat- syarat keselamatan penerbangan demikian.

4. Tiap-tiap Pihak Yang Mengikat Perjanjian bersetuju bahawa pengendali- pengendali pesawat terbang demikian boleh dikehendaki supaya mematuhi syarat-syarat keselamatan penerbangan yang dimaksudkan di dalam perenggan (3) dari Perkara ini yang dikehendaki oleh Pihak yang satu lagi untuk memasuki, berlepas dari, atau semasa berada dalam kawasan Pihak yang satu lagi itu. Tiap-tiap Pihak Yang Mengikat Perjanjian hendaklah memastikan bahawa langkah-langkah yang mencukupi adalah dikenakan secara berkesan di dalam kawasannya untuk melindungi pesawat terbang itu dan untuk memeriksa penumpang-penumpang, anak-anak kapal, barang- barang yang dibawa di tangan, bagej, kargo dan bekalan-bekalan pesawat terbang sebelum dan semasa memasuki pesawat atau memunggah. Tiap-tiap Pihak Yang Mengikat Perjanjian hendaklah juga memberi pertimbangan yang wajar terhadap sebarang permintaan dari Pihak yang satu lagi bagi langkah-langkah keselamatan khas yang berpatutan bagi menghadapi

sesuatu ancaman tertentu.

5. Apabila suata kejadian atau ancaman bagi suatu kejadian rampasan yang menyalahi undang-undang ke atas pesawat terbang awam atau tindakan- tindakan yang menyalahi undang-undang yang lain terhadap keselamatan pesawat terbang it, penumpang-penumpang dan anak-anak kapalnya, lapangan terbang-lapangan terbang atau kemudahan-kemudahan perjalanan udara berlaku, Pihak-Pihak Yang Mengikat Perjanjian hendaklah membantu antara satu sama lain dengan memberikan kemudahan komunikasi dan langkah-langkah bersesuaian lain yang bertujuan untuk menamatkan dengan segera dan selamat kejadian atau ancaman yang tersebut.

Page 60Page 61

Comments

Approved members can add comments, bookmarks, and private notes.

No comments yet.

Private Research Note

Private notes are available after approval.