E22
1.
2.
3.
4.
AGREEMENT BETWEEN THE GOVERNMENT OF HONG KONG AND THE GOVERNMENT OF HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM CONCERNING AIR SERVICES
PERKARA 6
Prinsip-prinsip Yang Mengawal Pengendalian Perkhidmatan-Perkhidmatan Yang Dipersetujui
Hendaklah terdapat peluang yang adil dan saksama bagi syarikat-syarikat penerbangan yang ditetapkan dari kedua-dua Pihak Yang Mengikat Perjanjian untuk mengendalikan perkhidmatan-perkhidmatan dipersetujui pada laluan-laluan yang ditentukan.
yang
Dalam mengendalikan perkhidmatan-perkhidmatan yang dipersetujui syarikat-syarikat penerbangan yang ditetapkan dari tiap-tiap Pihak Yang Mengikat Perjanjian hendaklah mengambil kira kepentingan-kepentingan syarikat-syarikat penerbangan yang ditetapkan dari Pihak yang satu lagi supaya tidak menggangu perkhidmatan-perkhidmatan itu dengan secara tidak wajar di mana Pihak yang satu lagi itu berikan pada keseluruhan atau sebahagian dari laluan-laluan sama.
Perkhidmatan-perkhidmatan yang dipersetujui yang diberikan oleh syarikat- syarikat penerbangan yang ditetapkan dari Pihak-Pihak Yang Mengikat Perjanjian hendaklah menunjukkan hubungan rapat terhadap keperluan- keperluan orang ramai bagi pengangkutan pada laluan-laluan yang ditentukan dan hendaklah mempunyai sebagai matalamat utama mereka, peruntukan, pada kadar muatan yang berpatutan, muatan yang boleh menampung keperluan-keperluan pada masa ini dan yang secara berpatutan dijangkakan untuk membawa penumpang-penumpang dan kargo termasuk mel yang datang dari atau ditujukan bagi kawasan Pihak Yang Mengikat Perjanjian yang telah menetapkan syarikat penerbangan tersebut. Peruntukan untuk membawa penumpang-penumpang dan kargo termasuk mel kedua-duanya diangkut dan dipunggah pada tempat-tempat di laluan- laluan yang ditentukan selain daripada tempat-tempat dalam kawasan Pihak Yang Mengikat Perjanjian yang telah menetapkan syarikat penerbangan tersebut hendaklah dibuat menurut prinsip-prinsip am bahawa muatan hendaklah mengikut:—
(a) keperluan-keperluan pengangkutan ke kawasan dan dari kawasan Pihak Mengikat Perjanjian yang telah menetapkan syarikat penerbangan tersebut;
mana
(b) keperluan-keperluan pengangkutan kawasan melalui
perkhidmatan yang dipersetujui itu melintas selepas mengambil kira perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan lain yang ditubuhkan oleh syarikat-syarikat penerbangan Negara-Negara yang meliputi kawasan tersebut; dan
(c) keperluan-keperluan yang melalui pengendalian syarikat penerbangan.
Muatan yang akan disediakan pada laluan-laluan yang ditentukan hendaklah sepertimana ianya dari masa ke semasa dipersetujui bersama oleh pihak- pihak berkuasa aeronautikal kedua-dua belah Pihak Yang Mengikat Perjanjian.
*
1.
2.
3.
4.
AGREEMENT BETWEEN THE GOVERNMENT OF HONG KONG AND THE GOVERNMENT OF HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM CONCERNING AIR SERVICES
PERKARA 7
Tarif
Perkataan "Tarif" bermakna:---
E23
(i) bayaran yang dikenakan oleh sebuah syarikat penerbangan bagi pengangkutan penumpang-penumpang dan bagej mereka pada perkhidmatan-perkhidmatan udara yang syarat-syarat bagi perkhidmatan-perkhidmatan tambahan kepada pengangkutan
sedemikian;
(ii) kadar pengangkutan kargo yang dikenakan oleh sebuah syarikat penerbangan bagi pengangkutan kargo (tidak termasuk mel) pada perkhidmatan-perkhidmatan udara yang berjadual;
(iii) syarat-syarat yang menguasai terdapatnya atau berkenaannya sebarang bayaran atau kadar pengangkutan kargo demikian termasuk sebarang faedah berkaitan dengannya; dan
(iv) kadar komisyen yang dibayar oleh sebuah syarikat penerbangan kepada sesuatu agen menurut tiket-tiket yang dijual atau bil-bil penerbangan udara yang diuruskan oleh agen tersebut bagi pengangkutan pada perkhidmatan-perkhidmatan udara yang berjadual.
Tarif yang akan dikenakan oleh syarikat-syarikat penerbangan yang ditetapkan dari Pihak-Pihak Yang Mengikat Perjanjian bagi pengangkutan di antara Hong Kong dan Negara Brunei Darussalam hendaklah yang telah diluluskan oleh pihak-pihak berkuasa aeronautikal kedua-dua belah pihak dan hendaklah ditetapkan pada paras yang berpatutan, dengan memperhitungkan semua
kos perkara yang berkaitan, termasuk pengendalian perkhidmatan-perkhidmatan yang telah dipersetujui, kepentingan-kepentingan pengguna, keuntungan yang berpatutan dan tarif dari syarikat-syarikat penerbangan lain yang beroperasi pada keseluruhan atau sebahagian daripada laluan yang sama.
Tarif yang disebutkan di dalam perenggan (2) dari Perkara ini boleh dipersetujui oleh syarikat-syarikat penerbangan yang ditetapkan yang memohon bagi mendapatkan kebenaran tarif tersebut, setelah membuat perundingan dengan syarikat-syarikat penerbangan yang ditetapkan yang lain yang beroperasi pada keseluruhan atau sebahagian daripada laluan yang sama. Walau bagaimanapun, sesebuah syarikat penerbangan yang ditetapkan tidak boleh disekat dari membuat tawaran, begitu juga pihak-pihak berkuasa aeronautikal daripada membenarkan, sebarang tarif, sekiranya syarikat penerbangan tersebut telah gagal untuk mendapatkan persetujuan syarikat- syarikat penerbangan yang ditetapkan yang lain terhadap tarif sedemikian, atau disebabkan tidak terdapat syarikat penerbangan yang ditetapkan yang lain beroperasi pada laluan yang sama. Sebutan dalam perenggan ini dan yang sebelumnya mengenai "laluan yang sama" bermakna laluan yang dikendalikan, bukan laluan yang ditentukan.
Sebarang tarif yang dicadangkan bagi pengangkutan di antara Hong Kong dan Negara Brunei Darussalam hendaklah dimaktubkan dengan pihak- pihak berkuasa aeronautikal kedua-dua Pihak Yang Mengikat Perjanjian dalam bentuk yang pihak-pihak berkuasa aeronautikal mungkin memerlukan
No comments yet.
Private notes are available after approval.